BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 28, 2009

TELEKUNG YANG BASAH DAN CERITA DISEBALIKNYA

Saya mencipta satu teori bagi diri saya. Setiap program yang mana saya menjadi AJK nya, saya ingin menganggap ia sebagai peperangan. Jadi saya adalah tentera. Gerak kerja adalah strategi peperangan. Saya mengambil teori ini berdasarkan sebuah hadis yang diucapkan Nabi Muhammad SAW “ Kota Kostantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-sebaik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” (H.R Ahmad Bin Hanbal Al-Musnad 4/335).

Dan ketika ini, kebetulan saya menjadi ajk untuk sebuah program. Saya pasti pimpinan-pimpinan saya adalah yang terbaik. Jadi tinggal saya; adakah saya orang yang baik dan layak untuk menjadi ajk pogram ini? Maka saya mengingatkan diri saya, program ini tidak akan berjaya jika penggeraknya adalah mereka yang malas, tidak bersungguh dalam solat dan tidak serius dalam gerak kerja.

Baru-baru ini terdapat sedikit masalah dalam program tersebut. Lantas saya menyalahkan diri saya. Mungkin ini berpunca dari saya. Mungkin. Jadi saya melakukan solat taubat. Usai solat, saya mengangis; agak teresak. Basah telekung saya. Allah menjadi saksi dan saya merasa amat tenang sekali apabila saya mengangis kerana kekesalan.

Sebab itu Kota Kotanstinopel tidak mudah ditawan. Bermula dari pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Baru kemenangan dikecapi.

Begitu juga program, pemimpin yang baik harus untuk menjaga kebajikan ajk-ajk yang terlibat. Pastikan mereka tidak lari daripada matlamat yakni apa-apa yang kita lakukan, hanya demi keredhaan ALLAH dan untuk Islam.

3 comments:

munadhia said...

salam. betul 2 kak elin. bila akak cite cam gini yan tringat projek multidip. adakah kami kalah kerana pasukannya adlh bukan yg trbaik sdgkan pemimpin nya sdh trbaik. yan kagum dgn PM yan, stiap kali azan, dia ke masjid...tapi, mcm mana dgn anak2 buahnya? wallhu'alam.

munadhia said...

hehe..kak iman bukan 'kite', syibrah pon bukan 'kite' jugak. Tapi yan memang rapat dgn mrka. kak iman ske bagi nasihat, dan yan suka dgr. syibrah, agk gile2 dan yan suka ketawa dgn die. mksudnya, lngkaplah ciri2 tman smuanya. suka dan duka, kita sntiasa ad tman utk brkongsi. =) kak elin pon pe kurgnya. aktif gamis eh skang? baguz2.mai la uia kak. gtau dulu tau. =)

hang nadim said...

salam.. semoga semangat yang ada pada tuan ponya blog.. menjadi ikutan kepada anak-anak buah.