BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 28, 2009

MUSLIMAT KANGKUNG SEGAR & MUSLIMAT PISAU TAJAM

Saya menulis ini atas kesedaran saya untuk merespon artikel “Muslimat Kangkung Layu? ” di blog Penasihat SIGMA, Ukhti Rafidah.

Saya dari awal-awal lagi sudah lama tidak berminat untuk mengaitkan muslimat dengan mana-mana unsur tumbuhan. Baik bunga mahupun sayuran. Ada yang mengatakan muslimat itu seperti bunga mawar, bahkan seperti kangkung. Pada saya, bunga itu senang dipetik, senang dibau, dan mudah untuk dipegang. Dan saya juga agak pelik, bilamana ada yang mengaitkan muslimat dengan kangkung. Ini teori baru bagi saya.

Teori peribadi yang saya cipta bagi diri saya, saya katakan, muslimat itu seperti sebilah pisau yang sangat tajam. Orang akan berhati-hati apabila memegang pisau. Orang tidak akan cuba mencium pisau, dan orang tidak akan cuba bermain-main dengan pisau. Kalau ada pun, mungkin orang itu ‘something goes wrong’. Haha.

Ini hanya teori peribadi saya. Bukanlah saya ingin mengajak orang untuk percaya teori ini. Bukanlah saya ingin menyamakan muslimat dengan sesuatu yang bahaya. Bukanlah saya ingin menakutkan lelaki. Bukan dan bukan. Cuma ia simbolik kepada kekuatan para muslimat. Tajamnya pisau itu seperti akal muslimat yang lebih terfokus dan lebih teliti. Dan pisau yang bersifat pepejal keras saya ibaratkan sebagai wanita yang mempunyai pendirian yang teguh dan berprinsip. Mereka sukar dilentur dengan cabaran yang mendatang. Dan juga ketajaman pisau itu juga saya simbolikkan dengan peranan wanita masakini yang harus terus maju dan laju untuk ‘membelah’ persepsi sesetengah pihak yang amat dangkal terhadap wanita. Ya, wanita itu tempatnya di dapur. Dan tidak mustahil wanita itu tempatnya di kerusi parlimen.

Pernah saya membaca, sekuat mana seorang lelaki, air matanya akan tumpah kerana seorang wanita. Dan kerana wanitalah, lelaki yang hebat boleh menjadi terhina.

Muslimat yang sedang berhadapan dengan cabaran, masih perlu untuk menjaga batasan. Masih perlu manjaga ikhtilat. Masih perlu berlemah-lembut. Islam telah menggaris pandu bagaimana seseorang muslimat itu perlu pandai menjaga diri. Sehebat mana seorang isteri, perlu taat dengan suami selagi taatnya itu bukan pada yang melanggar hukum syara’. Kan? =)

P/s: Pisau walaupun tak cantik macam bunga, tapi fungsinya lebih diperlukan. Tak pernah pula saya tengok orang kupas kulit buah atau siang ikan pakai bunga. (^_^)

1 comments:

hang nadim said...

salam tuan rumah.. ye lahhhh...bila teringat si dia kadang2 aku pung mengalir air mata walaupun benda tu dah lama dah, ish ishh