Saturday, August 22, 2009
BEZAKAN PUASA KITA DENGAN PUASA KANAK-KANAK!
Posted by Nurhaslin Zaharudin at 3:42 AM 0 comments
Tuesday, August 18, 2009
IDRIS YANG GEGAR DAN FASIHAH YANG POWER!
Ini sesuatu yang saya sudah jangkakan dari awal. Ustaz Idris dan Kak Fasihah, dua nama yang lahirnya daripada bumi barokah Darul Quran. Dan dua nama inilah yang bakal membawa GAMIS ke hadapan, sebagai gagasan yang maju lagi laju.
Pengalaman saya bekerja dengan Ustaz Idris, memperlihatkan beliau seorang yang cekap. Terkenal dengan team Usrah Gegar acuan dari Darul Quran, saya boleh mengandaikan andai beliau adalah satu kelebihan kepada team GAMIS 09/10. Terpampar kethiqahan adik,anak usrah,cucu usrah serta cicit usrah beliau ketika beliau serta team Usrah Gegarnya menjadi committee sewaktu Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-SPIN '09).
Bersama dengan mantan MT Gamis dan Ustaz Idris sewaktu selesai Ko-SPIN '09
Kak Fasihah pula pastinya seorang hafizah yang berjiwa lembut namun tangannya bakal menggoncangkan serta menggegarnya hati-hati yang cintakan Islam. Mengenangkan apabila saya pernah melihat beliau menangis akibat menonton filem dokumentari Islam,mengenai alam semesta, membuatkan hati saya bertambah yakin, Kak Fasihah mempunyai jiwa yang penuh dengan kecintaan kepada Tuhan,malah beliau adalah seorang yang amat merendah diri walaupun darjat dirinya adalah seorang hafizah. Slogan 'Muslimat Power!' yang saya terima melalui sms daripadanya petang semalam, membuatkan hati ini tidak sabar melihat rentak tari Kak Fasihah memacu gerakan muslimat sekaligus menjulang nama Islam dan SIGMA itu sendiri.
Kak Fasihah dan Kak Rafidah (Mantan Penasihat SIGMA 08/09)
Buat Akhi Idris & Ukhti Fasihah, walaupun mungkin anda tidak membaca blog ini, namun ketahuilah, di belakangmu berdirinya para mujahid dan mujahidah yang mahu bersama-samamu untuk bersusah payah di jalan ini...
Tahniah buat team GAMIS 08/09, kenangan bersamamu, takkan kulupakan =)
Posted by Nurhaslin Zaharudin at 9:42 PM 0 comments
Sunday, August 2, 2009
TAHNI'AH GAMIS ATAS '2 K' !!!
Posted by Nurhaslin Zaharudin at 10:25 PM 1 comments
Tuesday, July 21, 2009
SAJA-SAJA JE, KALAU RAJIN BOLEH BACA… DAN SEBALIKNYA, =)
Pertamanya, saya melahirkan rasa syukur kepada Tuhan atas anugerah ‘sahabat GAMIS’ yang dikurniakan kepada saya. Ukhti Munawirah, Ukhti Zafirah, Ukhti Rafidah, Ukhti Pija dan Akhi Dzulkhairi adalah insan-insan istimewa yang baru hadir dalam hidup saya. Saya tidak pernah mengimpikan untuk mengenali mereka, bahkan jauh sekali untuk memiliki nombor telefon mereka, bahkan tidak pernah terlintas di fikiran yang hubungan kami seperti ‘adik-kakak-abang’. Ah, saya ingatkan saya bermimpi. Mengapa dalam ramai adik beradik GAMIS, saya yang dipilih-NYA untuk diberi izin menjadi AJK kongres lantas merapatkan diri saya kepada insan-insan hebat ini? Memikirkan hal ini, saya boleh menangis. Ia, manakan tidak,
hanya dengan bersahabat dengan insan yang hebat, maka jiwa saya turut bangkit. Berbual dengan mereka, itu pengalaman yang berharga. Percakapan mereka tidak sia-sia. Kata-kata mereka, inspirasi bernilai emas untuk saya. Memandang wajah mereka, bagaikan saya sedang memandang wajah pemimpin akan datang. Bekerja dengan mereka, membuatkan saya semakin matang dalam berurusan. Bergurau dengan mereka, amat menyenangkan. Bagaikan ada chemistry antara saya dengan mereka. Tapi saya masih sedar diri, saya cuma insan biasa. Insan biasa yang menerima nilai-nilai kemanusiaan daripada insan-insan luar biasa.
Paling menakjubkan, mereka menunjukkan nilai ukhwah yang tinggi. Tarikh kongres 11 Julai dan pastinya selesai kongres, MT GAMIS dan AJK mana yang tidak penat. 12 Julai, saya pula akan mendaftar semester pertama di UniKL MICET, Melaka. Akan tetapi, suatu kejutan dan penghargaan buat saya bila Kak Munawirah, Kak Zafirah dan Pija berhasrat menghantar saya ke rumah di N.Sembilan pada malam 11 Julai itu juga. Hati saya amat berat untuk menerima pelawaan ini, berkali saya katakan pada Kak Zafirah… tapi akhirnya saya terima atas dasar ukhwah. Terima kasih Kak Rafidah yang menyedarkan saya dalam konsep ukhwah. Saya sempat juga berusrah bersamanya ketika kami sedang makan usai kongres berakhir. Ia, ini mengenai ‘sahabat GAMIS’. Moga- moga Allah akan menjadikan insan-insan yang hebat ini sebagai insan-insan yang memberi manfaat kepada semua orang.
Saya kembali mendaftar di UniKL MICET. Sebagai mahasiswa yang baru sahaja segar disirami idealisme dan pengalaman hidup sepanjang saya praktikal di Sime Darby Laboratories, menyertai program SIGMA yang sarat dengan hikmah kebangkitan jiwa yang ajaib saya rasakan, terbang sebentar singgah ke UKM untuk menonton konsert lantas sedikit sebanyak memberi ruang untuk saya berkenalan dengan Exco ISI UKM yang hebat-hebat, menjadi AJK Ko-SPIN ’09…wah, indahnya hidup. Kini, saya ingin kembali ke MICET dengan pendirian yang segar dan ingin beridealisme sebagai mahasiswa. Harapan sahabat-sahabat dan adik-adik di MICET yang menginginkan saya kembali, tidak saya hampakan. Malah yang lebih jelas, harapan Emak dan Abah yang senang jika tempat belajar saya tidak jauh dari mereka. Harapan Emak dan Abah yang ingin saya menyambungkan pengajian di UniKL MICET adalah petunjuk istikharah yang paling baik untuk saya. Jelas. Harapan saya untuk ke ipta, saya simpan jauh ke lubuk hati. Ah, bukankah menyenangkan hati orang yang mengharapkan kepada kita itu lebih baik. Tuntut ilmu di mana sahaja sama. Cuma contentnya yang berbeda. Asalkan saya jadi orang. =)
Kembali ke MICET, bukan semudah dan seindah waktu saya Diploma dahulu. Kini, saya perlu bijak menguruskan masa dan kewangan. Buat masa sekarang, tiada elaun sara diri dari pihak MARA yang saya akan dapat sehingga semester kedua nanti. Jadi dalam 4 bulan ini, saya akan cuba berjimat cermat. Pastinya hidangan makan malam saya (kecuali bulan puasa), saya akan makan biskut kering bergula dicecah dengan air teo’ panas. Ia amat melazatkan bagi saya yang telah melihat kesusahan orang-orang miskin sewaktu saya berpraktikal di ladang-ladang kelapa sawit.
Titisan peluh mereka amat bernilai ibarat titisan air embun yang jernih. Mereka bersusah hanya kerana beberapa RM sehari, untuk keluarga mereka.
Inilah rezeki. Yang saya ingin tekankan adalah, kita sebenarnya terlalu sedikit bersyukur. Sebelum menggunakan nikmat Allah, kita akan meminta-minta…dan akhirnya selesai menggunakan nikmat Allah, kita lupa pada-NYA.
HARAPAN KU, HARAPAN MU JUA…
Masih ada yang ingat pada saya, masih ada yang berharap pada saya. Alhamdulillah. Saya bukanlah orang yang terbaik untuk kalian, khususnya sahabat dan adik-adik di MICET, bahkan mungkin saya orang yang paling hina untuk kalian. Tapi insyaAllah, saya akan cuba buat yang terbaik untuk kita semua. Untuk Allah dan Rasul yang paling tepatnya. Semasa saya masih dalam Diploma lagi, di mana saya tidak tahu untuk menyambung pelajaran di mana lagi, seorang sahabat menelefon saya. “Lin, saya nak melamar Lin ni… untuk lajnah Tarbiyah. Lin masuk lajnah Tarbiyah ya”. Suaranya yang jelas di telefon membuatkan saya terkedu dengan tawaran yang ini. Saya katakan padanya, semuanya kita musyawarah dahulu dengan pimpinan. Pada awalnya, saya sudah bercita-cita tidak mahu menzahirkan diri dalam kepimpinan, Cuma ingin menjadi tulang belakang kepada persatuan Islam kami di sini. Tapi setelah difikirkan berulang kali, mana mungkin saya melakukan begitu. Ada yang mencadangkan saya menjadi penasihat, ada yang mencadangkan saya kembali memegang tampuk pimpinan Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa (JPM). Keinginan para sahabat dan adik-adik di sini menimbulkan satu persoalan ringkas, “layakkah aku?”. Bak kata Kak Rohana UiTM Melaka, “Kalau nak ikutkan, semua orang tak layak, tapi kalau tak layak, siapa yang nak buat kerja-kerja semua?”. Lantas prinsip hidup novelis terkenal, Ustaz Hasrizal iaitu
“Erti hidup pada memberi”, Hidup bukan sekadar memberi TAHU, malah mencetus MAHU dan MAMPU untuk beragama. Wah, ini cetusan idea yang sangat unik.
~Allahumma inni as aluka ridha ka wal jannah~
Posted by Nurhaslin Zaharudin at 3:35 AM 1 comments
Wednesday, July 15, 2009
TANPA SEDAR, SAYA BELAJAR SECARA SEKULAR
- Mungkin selama ini saya boleh katakan, bahawa saya belajar secara sekular. Ini terjadi kerana saya mengambil bidang kimia, pengkhususan Bioproses. Selama ini, pernah juga saya mencari-cari di dalam subjek-subjek yang saya ambil, apa kaitan kimia dengan Tuhan, ada pernah jumpa, tapi akhirnya terabai juga akibat kefahaman saya yang cetek serta daya mengkaji saya yang rendah.
- Namun, setelah menghadiri Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-SPIN '09), maka paradigma saya terhadap subjek-subjek yang saya ambil, amat berbeza. Sebenarnya, walau subjek seni sekalipun, maka ia datang dari Tuhan. Mengapa saya katakan begini? Konsepnya mudah, kita tanya kembali kepada diri kita, siapa yang mencipta alam ini dan daripada mana segala ilmu ini datang? - ALLAH jawapannya.
- Jika selama ini saya mengabaikan Tuhan di dalam pembelajaran saya, maka selepas ini, saya akan cuba untuk memahami asas segala bidang keilmuan adalah daripada Tuhan. Sebagai contoh, saya akan mengambil subjek Principle of Microbiology. Maka saya akan kaitkan apa gunanya Tuhan mencipta segala hidupan mikroorganisma, fungsinya dan faedahnya kepada manusia. Apabila kefahaman telah tercapai, maka akan timbullah kecintaan dan rasa dekat dengan Tuhan.
- Jika dahulu saya mengejar markah yang tinggi, maka sekarang saya ingin mengejar kecintaan saya kepada Tuhan daripada subjek-subjek yang saya ambil. Inilah nilai keilmuan sebenar. Keilmuan yang berteraskan kecintaan kepada Tuhan dan membawa manusia kepada Tuhan. Inilah pendidikan. Dan, inilah harapan saya setelah menyambung Ijazah ini. InsyaAllah, ameen.
Posted by Nurhaslin Zaharudin at 12:44 AM 0 comments
Wednesday, July 8, 2009
Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-SPIN '09)
Kongres, kongres, kongres!
Ada apa dengan kongres?
Tidak, tetapi ada apa dengan Ko-SPIN '09?
300 orang berkumpul,
Memasang mata dan menadah telinga,
Dengat niat ikhlas ingin mengubati,
Kebobrokan sistem yang ada kini,
Akan tercipta sejarah 11 Julai,
Sebagai pemula dan juga perintis,
Menjadi landasan menyatu ummah,
Untuk kebahagiaan generasi akan datang!
Pendidikan kita sekular,
Melahirkan arkitek yang bina bangunan roboh,
Melahirkan orang intelek yang makan rasuah,
Ah, mengapa begini?
Bukankah didikan itu indah?
Kita akan berjuang,
Walau selama mana,
Kerana ilmu dan didikan itu dari Tuhan dan untuk kita kenal Tuhan!
Kerana Tuhan itu wujud,
Kerana hidup ini adalah untuk-NYA~
Salam juang Ko-SPIN '09!
~REJUVENASI PENDIDIKAN, MEMARTABATKAN INSAN~
Posted by Nurhaslin Zaharudin at 6:10 AM 0 comments
Sunday, July 5, 2009
ANTARA PERJUANGAN DAN PERASAAN
Perasaan menguasai perjuangan.
Maka hati saya dibebankan dengan perasaan dan perjuangan.
Mungkin anda tidak akan faham, tidak mengapa. Saya hanya mahu menulis.
Perasaan yang baik dan normal, menyebabkan perjuangan juga akan menjadi normal dan teratur. Sebaliknya, perasaan yang tertekan dan kucar-kacir akan menjadikan perjuangan itu seperti landasan untuk melepaskan tension.
Saya berdoa untuk mendapat hati yang tenang, tetapi saat saya berdoa itulah Tuhan memberikan saya ujian yang berat. Berat. Berat. Berat. Saya tidak mampu lagi untuk menanggung. Tetapi bukankah syurga itu manis? Mengapa saya perlu berhenti mengharap? Tuhan itu ada. Wujud.
Jadi, sekalipun perasaan sering mengganggu, tetaplah kita berjuang. Soal hati amat sukar dirungkai. Namun kita masih mampu memujuk hati kita jika kita selalu ingat pada Tuhan.
Tuhan, pada-MU ada kedamaian~
Posted by Nurhaslin Zaharudin at 2:27 PM 0 comments

