BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 22, 2009

BEZAKAN PUASA KITA DENGAN PUASA KANAK-KANAK!

HAMIDI

Dua hari sebelum Ramadhan, saya sempat mengadiri kelas Ukhti Asma' yang mengajar mengenai hukum-hakam bulan puasa serta fadhilat bulan Ramadhan.

Ukhti Asma' menceritakan, di sebuah negara, kanak-kanak (yang masih tidak tahu beza baik dan buruk) di sebuah sekolah diharamkan untuk berpuasa. Tujuannya, untuk mengelak kanak-kanak mewarisi sifat suka menerima rasuah dan menipu.

Fenomena di Malaysia, kanak-kanak disogok dengan habuan 'duit raya' jika mereka berpuasa. Bagi kanak-kanak pula, demi mendapatkan duit raya yang telah dijanjikan, mereka sanggup menipu. Jika tidak larat tau tidak tahan dengan godaan, mereka akan berbuka puasa. Kemudian, dengan comelnya, mereka akan menyambung puasa yang telah terbatal itu. Bila ibu bapa bertanya, mereka jawab mereka puasa. Alahai, itu adik-adik. Belum faham apa-apa. Jangan salahkan mereka. Tapi kita selidik pula bagaimana tabiat ibu bapa atau mungkin kita sendiri dalam cara mendidik anak untuk berpuasa.

1 Ramadhan ini, saya menguji adik saya Hamidi yang berusia 9 tahun.

Saya bertanya "Kenapa adik puasa?" Hamidi jawab, " Adik nak pahala yang besar."

Saya kurang puas dengan jawapannya, maka saya bertanya lagi soalan yang sama. Dengan tidak menyangka, Hamidi lantas menjawab, "Ye la, adik kesian kat orang GAZA tu... tu sebab adik puasa..."

Saya terkedu dengan jawapan ini. Bagaimana adik saya yang saya kira mentah boleh mengaitkan ibadah puasa dengan saudara kita di GAZA? Maka saya bertanya lagi..."kenapa dengan GAZA tu?" Hamidi dengan sengihnya yang comel berkata , " Orang kat GAZA tu kesian,perang,tak makan..."

Saya terkesima. Memang benar ini adik saya. Saya tidak menyangka dia akan beri jawapan sehebat ini. Maka saya bertanya daripada mana dia mendapat 'tarbiyah' ini. Dia katakan dia terlihat di sebuah van gambar orang-orang di GAZA yang sengsara akibat perang. Barulah saya memahami. Jiwa kanak-kanak memang mudah di 'isi'. Hati kanak-kanak memang mudah dibentuk.

Sahabat, ayuh kita bandingkan puasa kita dengan puasa kanak-kanak. Jika nilai persaudaraan dan kesengsaraan saudara se-Islam di GAZA menjadi elemen dalam puasa seorang kanak-kanak, maka apakah pula nilai dan hikmah yang kita peroleh dan dipupuk di dalam hati kita sebelum,semasa dan selepas berpuasa?

Berpuasalah, kerana keredhaan Allah. Moga kita mendapat nikmat tarbiyah dalam Akademi Ramadhan ini.InsyaAllah

0 comments: