BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 18, 2009

IDRIS YANG GEGAR DAN FASIHAH YANG POWER!

Alhamdulillah, selesai sudah liku-liku perjuangan sahabat-sahabat pimpinan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sesi 08/09. Kini, bahtera GAMIS dikemudi oleh tangan-tangan yang bakal menggoncang dunia untuk sekalian kalinya. Bagi siapa yang belum mengetahui, Ustaz Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, Presiden ISI UKM kini menyandang jawatan Presiden GAMIS sekaligus mengakhiri teka-teki siapa yang akan menggantikan tempat Ustaz Dzulkhairi, Presiden GAMIS sesi 08/09. Bagi sayap kiri GAMIS pula, Ustazah Fasihah telah ditaklifkan memikul amanah sebagai Pengerusi Serikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA).

Ini sesuatu yang saya sudah jangkakan dari awal. Ustaz Idris dan Kak Fasihah, dua nama yang lahirnya daripada bumi barokah Darul Quran. Dan dua nama inilah yang bakal membawa GAMIS ke hadapan, sebagai gagasan yang maju lagi laju.

Pengalaman saya bekerja dengan Ustaz Idris, memperlihatkan beliau seorang yang cekap. Terkenal dengan team Usrah Gegar acuan dari Darul Quran, saya boleh mengandaikan andai beliau adalah satu kelebihan kepada team GAMIS 09/10. Terpampar kethiqahan adik,anak usrah,cucu usrah serta cicit usrah beliau ketika beliau serta team Usrah Gegarnya menjadi committee sewaktu Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-SPIN '09).



Bersama dengan mantan MT Gamis dan Ustaz Idris sewaktu selesai Ko-SPIN '09


Kak Fasihah pula pastinya seorang hafizah yang berjiwa lembut namun tangannya bakal menggoncangkan serta menggegarnya hati-hati yang cintakan Islam. Mengenangkan apabila saya pernah melihat beliau menangis akibat menonton filem dokumentari Islam,mengenai alam semesta, membuatkan hati saya bertambah yakin, Kak Fasihah mempunyai jiwa yang penuh dengan kecintaan kepada Tuhan,malah beliau adalah seorang yang amat merendah diri walaupun darjat dirinya adalah seorang hafizah. Slogan 'Muslimat Power!' yang saya terima melalui sms daripadanya petang semalam, membuatkan hati ini tidak sabar melihat rentak tari Kak Fasihah memacu gerakan muslimat sekaligus menjulang nama Islam dan SIGMA itu sendiri.

Kak Fasihah dan Kak Rafidah (Mantan Penasihat SIGMA 08/09)

Buat Akhi Idris & Ukhti Fasihah, walaupun mungkin anda tidak membaca blog ini, namun ketahuilah, di belakangmu berdirinya para mujahid dan mujahidah yang mahu bersama-samamu untuk bersusah payah di jalan ini...

Tahniah buat team GAMIS 08/09, kenangan bersamamu, takkan kulupakan =)

0 comments: