BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 15, 2009

TANPA SEDAR, SAYA BELAJAR SECARA SEKULAR

  • Mungkin selama ini saya boleh katakan, bahawa saya belajar secara sekular. Ini terjadi kerana saya mengambil bidang kimia, pengkhususan Bioproses. Selama ini, pernah juga saya mencari-cari di dalam subjek-subjek yang saya ambil, apa kaitan kimia dengan Tuhan, ada pernah jumpa, tapi akhirnya terabai juga akibat kefahaman saya yang cetek serta daya mengkaji saya yang rendah.
  • Namun, setelah menghadiri Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-SPIN '09), maka paradigma saya terhadap subjek-subjek yang saya ambil, amat berbeza. Sebenarnya, walau subjek seni sekalipun, maka ia datang dari Tuhan. Mengapa saya katakan begini? Konsepnya mudah, kita tanya kembali kepada diri kita, siapa yang mencipta alam ini dan daripada mana segala ilmu ini datang? - ALLAH jawapannya.
  • Jika selama ini saya mengabaikan Tuhan di dalam pembelajaran saya, maka selepas ini, saya akan cuba untuk memahami asas segala bidang keilmuan adalah daripada Tuhan. Sebagai contoh, saya akan mengambil subjek Principle of Microbiology. Maka saya akan kaitkan apa gunanya Tuhan mencipta segala hidupan mikroorganisma, fungsinya dan faedahnya kepada manusia. Apabila kefahaman telah tercapai, maka akan timbullah kecintaan dan rasa dekat dengan Tuhan.
  • Jika dahulu saya mengejar markah yang tinggi, maka sekarang saya ingin mengejar kecintaan saya kepada Tuhan daripada subjek-subjek yang saya ambil. Inilah nilai keilmuan sebenar. Keilmuan yang berteraskan kecintaan kepada Tuhan dan membawa manusia kepada Tuhan. Inilah pendidikan. Dan, inilah harapan saya setelah menyambung Ijazah ini. InsyaAllah, ameen.

0 comments: