BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 20, 2009

RANCAKKAN GERAKAN MAHASISWA IPTS, MARI MARI MARIIIII! – ANGAN SEORANG MAHASISWI IPTS

“ Siapa peduli dengan IPTS? ”

Hati saya memberontak setiap hari memberitahu.

“ Siapa pula peduli dengan politeknik? ”

Hati saya bersuara lagi. Nakal.

Seperti Ustaz Dzulkhari Mohd Noor (Presiden GAMIS) yang mencipta cita-cita inginkan gerakan ulama mahasiswa, dengan ingin membentuk satu kesatuan antara semua kolej Islam yang ada di Malaysia, begitu juga dengan saya. Hasrat saya yang menginginkan satu kesatuan sebagai rangkaian IPTS-IPTS seluruh negara saya simpan dalam hati sehinggalah saya mencoret dalam blog ini. Saya mahu melepaskan idea yang terperangkap dalam kepala. Berat kepala saja kalau tak diluahkan. Takut nanti jadi penyakit angan-angan pula. Cuma saya pernah beritahu hasrat saya ini kepada Kak Ashyfiati, Timbalan Presiden II Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa (JPM) UniKL MICET. Dia mengangguk-anguk mengiakan. "Betul juga" katanya.

Apa sebenarnya hasrat saya, cita-cita saya? Saya cuma seorang ahli jemaah yang biasa tetapi alhamdulillah, saya diberi ilham oleh Allah untuk menjadi seorang yang berjiwa besar.

Saya inginkan kesatuan bagi IPTS. Bukanlah saya mahu membezakan antara IPTS dan IPTA, tetapi realitinya hanya mereka yang belajar di IPTS sahaja yang tahu. Lihatlah, betapa kita tidak boleh menafikan adanya pelajar IPTA yang terperangkap dalam pemikiran blok-blok kampus mereka. Mereka selesa dengan tidak diuji sepertimana saya dan sahabat-sahabat di IPTS merasa. Masuk-masuk IPTA sahaja, mereka sudah bertapak dalam platform jemaah. Mudahnya. Jadi bersyukurlah. Padahal saya dan rakan-rakan saya di IPTS kebanyakkannya bertungkus-lumus menyiapkan lapangan jemaah bagi pelapis kami. Bahkan kamilah pembentuk asas jemaah. Kamilah pemula dan kami ingin ada pewaris perjuangan di kampus kami.

Pada mulanya, saya membanding-banding di antara IPTS dan IPTA. Tapi saya akui, tidak perlulah membanding sangat, kerana setiap IPTA/IPTS punya identiti tertentu.
Pelbagai masalah bagi IPTS seperti susah cari ahli, ahli-ahli tak arif pasal agama, banyak yang tidak jaga ikhtilat, tukarlah ia kepada cabaran. Jangan terlalu fikir ianya masalah. Kita perlu jaga pemikiran kita takut nanti jadi sakit jiwa pula. =)

Jadi, apakah pemikiran saya yang kononnya mahu membentuk gagasan IPTS ini?

Saya merasakan dan mengimpikan:

1- Jika di IPTA lebarnya sayap yang dipanggil Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), jadi teringin pula saya melihat adanya Islamic Student Organization (ISO) di IPTS. Jika ada IPTS yang sanggup tukar nama persatuan mereka menjadi ISO dan nama-nama persatuan ini diselaraskan di seluruh IPTS, maka satu kesatuan yang kukuh antara IPTS itu sendiri bakal dibina. Ukhwah di antara IPTS akan tersebar dengan satu rangkaian-ISO. Sebagaimana PMI. PMI UM, PMI UPM dan PMI UTM. Mungkin lepas ini ada ISO UniKL MICET, ISO Kolej Lagenda, ISO MMU, ISO UTP. Wah, besarnya impian dan cita-cita saya. Tapi siapalah saya untuk merungkai dan melaksanakan impian ini. Saya cuma ahli biasa. Tapi adakah mustahil? Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri pernah menukar daratan menjadi lautan.


2- Wujudnya kesatuan ini akan mencetus gelombang kebangkitan mahasiswa di IPTS. Saya pernah mengatakan pendapat saya pada perjumpaan Serikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA) pada bulan Mac lalu. Saya katakan, “ Lihatlah, pimpinan atasan kita semuanya dari IPTA.” Pendapat saya itu tentu sekali niatnya mahu menjentik perasaan kepada mahasiswi yang hadir pada hari itu agar mereka memberi sedikit perhatian kepada IPTS. Dan saya mahukan mahasiswi IPTS mencipta satu perubahan pada diri mereka. Biarlah setanding dengan rakan-rakan di IPTA. Biar hebat mereka, biar hebat kita. Biar sama-sama berganding bahu. Baru namanya adik beradik SIGMA. Seterusnya saya ada juga ungkapkan, “ Bila kita nak masuk Lim Kok Wing, bila kita nak masuk Taylors? ” Sedar atau tidak, kita terperangkap dalam blok-blok kampus kita. Padahal, kita mahu memperjuangkan Islam. Di mana-mana sahaja. Keluarkanlah diri kita dari ‘comfort zone’. Persatuan cuma wasilah. Setuju? Tak setuju tak mengapa.


Jujurnya, ini cuma impian yang akan saya semat di lubuk hati. Jika saya punya kuasa untuk menjayakan impian ini, tentulah saya amat berbesar hati untuk melaksanakannya. Oh Tuhan...Kau Mengetahuinya...



p/s: Kerja, kerja, dan terus bekerja. Nikmat kehidupan.

3 comments:

al-bagani said...

satu gagasan pemikiran yang sgt baik...ISO ek..menarik juga nama tue..Ana bakal melanjutkan pelajaran di IPTS..harap beri tunjuk ajar..

c's said...

salam..

salam laluan.. memenuhi tuntutan adab bertandang saya.. melalui blog kak nurul, singgah sebentar di sini..

cuma saya tertarik dengan apa yg saudari nyatakan [saya tak tahu nak panggil kakak ke, adik?=D] cuma, saya akui saya kurang faham waqi3 @ situasi di Malaysia bagaimana.. nak tanya .. adakah sedemikian keadaan IPTS di Malaysia?hurm.. jemaah yg dimaksudkan dalam post nih ape ye sbnrnye? [sye PMI pun tak tahu =D].. adakah mempunyai pimpinan yang diikitiraf oleh universiti, penggerak khusus di universiti tsbt, bernaung n selaras di semua tempat? siyes ke mmg xde penggerak sampai perlu kpd sst yg bru ditubuhkan?

kalau utp bukan dh ade rakan masjid? taylor.. rse cam ade juga cam KYUEM.. Muscom.. eh? adeh.. maaf bertanya banyak.. sebabnya sya mmg xtau~

TQ

wallahua3lam

Syis Abdul Kadir said...

salam..gagasan pemikiran yg mnarik dan hbat..kita mencanangkan kesatuan, perpaduan n whatever tp kita hanya stakat berbangga dgn dnia kmpus kita tnpa menghraukan shbat2 kta d ipts,politknik n swaktu dgnnya yg mmerlukan bntuan kta..perkasakan solidariti mahasiswa sluruh msia,bkan ipta shj..