BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 25, 2009

CERPEN - Tudungku Bukan Tudungku

" Akak, kenapa orang pakai tudung labuh macam pandang slack sahaja pada saya? Saya pakai tudung juga. Ada sorang ni, macam perli saya, katanya saya pakai tudung macam mak datin..."

Tersentap saya ketika menghirup teh o panas pada petang itu mendengar keluhan adik Aira.

"Dah la dia tu kawan baik saya juga, tapi tak payah la nak perli-perli ni kan..." Aira menyambung sambil menyelak tudung bawalnya ke belakang.

Sememangnya kami bertemu sebulan sekali. Saya senang melihat adik ini. Setiap kali bertemu, pasti saya bawakan hadiah. Saya tidak terus menjawab persoalannya. Perlahan saya mengeluarkan sesuatu dari poket saya. Kerongsang, hadiah buat Aira.

"Untuk adik" Saya menunjukkan kerongsang itu pada Aira. Terpampar keterujaannya.

Lantas tangan saya mencapai tudung Aira, menyamakan antara dua bucu tudung dan saya mengenakan kerongsang pada tudung itu.

"Wah... matching la kak kerongsang ni dengan warna tudung saya, ni sayang akak ni...terima kasih kak... " Aira lantas berterima kasih. Adab yang saya ajarkan padanya ketika di awal perkenalan kami. Berterima kasihlah pada sesiapa yang memberi walaupun pertolongan itu cumalah sekecil zarah.

"Dik, tudung ni, nampak je macam kain buruk. Tapi nilai kain yang kita pakai ni lah yang akan tentukan nasib kita samada kita akan masuk neraka atau syurga kelak. Nilai tudung ni bukan pada cantiknya corak, dan bukan pada banyaknya manik... tapi pada si pemakai tudung tersebut" Saya mula berbicara dengan nada yang tenang.

"Ha, tak faham la kak..." Aira mengerut muka.

"Dik, mengapa ya, waktu wabak HINI melanda negara kita, semua nak pakai face mask?" soal saya pada Aira.

"Sebab takut dapat penyakit la kak... nanti dapat HINI habislah saya kena kuarantin...tak dapat saya jumpa akak lagi...huhuhu...tak nak..." balas Aira sambil membuat isyarat muka yang comel.

"Aira kalau pakai face mask, pakai yang dah koyak atau berlubang ke, atau pakai yang ok punya?" tanya saya lagi.

"Isk, takkan nak pakai yang dah berlubang dan dah koyak... malu lah saya orang tengok, nanti orang kata saya tak betul pulak, huhu. Kenapa akak tanya soalan ni? Pelik lah saya kak... "Aira lantas bertanyakan saya kembali.

Perlahan saya mencapai tangan Aira. Sambil tangannya saya genggam, saya katakan padanya,

"Aira adikku, begitulah juga mengenai tudung dik. Kita pakai kerana kita nak elak penyakit. Penyakit yang kita tidak tergambarkan deritanya. Penyakit yang mana membuatkan kita suka menambah dosa dan penyakit hati. Bukan sahaja penyakit itu boleh menjadi sebati dalam diri kita, tetapi boleh jadi juga kita menimbulkan penyakit pada orang lain. Lelaki yang berpenyakit pada hati, amat suka merebakkan virus jahatnya pada wanita yang mudah dijangkiti penyakit. "

"Adikku, jika tudung yang kita pakai tak mampu melindungi diri kita dari penyakit, itu bermakna tudung itu bukan yang terbaik. Yang terbaik adalah, tudung yang mampu membawa diri kita dekat dengan syurga dan menjauh dari neraka"

"Aira, tudung itu bersifat pelindung. Seperti tudung saji, jika berlubang sana-sini, lalat akan singgah juga pada makanan. Maka, tudung yang kita pakai harus untuk menjadi pelindung pada kita. Jika tudung yang kita pakai itu terlampau singkat, maka masih belum cukup untuk melindungi kita. "

Saya merenungi mata Aira. Aira juga begitu, namun matanya mula berkaca-kaca.

"Akak, tudung saya ni, singkatkah? " suara Aira mula berubah menjadi serak basah.

Perlahan saya merapatinya lantas saya membisik,

" Yang singkat itu, ilmu kita. Bila Aira belajar banyak ilmu agama, nanti tudung Aira lebih labuh dari tudung akak"

Aira lantas merangkul tubuh saya dengan linangan air mata kesedaran.

7 comments:

k.fatimah said...

salam ziarah.
Lin..mg terus sentiasa diilhamkan pendekatan dakwah berhikmah sebegitu...seperti selalu..mg terus maju.Barakallaahu fih=)

aini mardhiyah said...

subhanallah~

nice sharing sis :)

heartless said...

penulisan yang mampu membuka mata hati insan celik yang buta dengan penuh peradaban...

congrate's sis!

ukhtunasrar said...

Salam ziarah. perkongsian yang menarik utk mendidik mad'u. syukran

rindu madinah said...

jiwaku tersentuh...

ir_pepijat said...

salam alin....teruskan usaha alin berdakwah di micet...

Zana said...

pakaian itu perisai. ^^
smoga terus terilham utk memberi inspirasi.