BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 22, 2009

AHLI GAMIS, BERSABARLAH

Assalamualaikum

Untuk seketika, kita ahli GAMIS dihangatkan dengan isu-isu semasa yang membuatkan pimpinan GAMIS telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang kritikal dan 'panas'. Bagi yang bersikap terbuka, saya menerima dengan positif pendapat mereka, memandangkan saya punya pegangan sendiri - pimpinan memang 'akalnya' begitu. Perlu kreatif, dan perlu berlainan dalam memberikan pendapat. Malah perlu berani dalam mengeluarkan hujah. Ada perbezaan dari segi bentuk pemikiran antara pimpinan dan ahli biasa.

Pimpinan perlu ada sikap 'break the rules', bukan golongan yang dicucuk hidung untuk ikut telunjuk pihak-pihak tertentu. Maksud saya, biarkan pimpinan dengan idea-idea luar biasa mereka. Biarkan mereka dengan hujah-hujah mereka yang berani dan mencabar. Ini baru ideologi anak muda. Sekali lagi saya tegaskan, pimpinan memang tampak berbeza pemikirannya dengan ahli biasa. Sebagai contoh, jika kebiasaan orang makan roti disapu dengan mentega, tapi pimpinan makan roti dengan sambal belacan. Break the rules! Apa masalahnya? Asal boleh makan...

Saya amat tidak bersetuju dengan kata-kata tidak sopan beberapa ahli dalam menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Presiden GAMIS. 'Bangang', 'bodoh' malah perkataan 'babi' nampaknya mula menjadi adat sebahagian ahli.Ataupun mungkin mereka-mereka ini bukan ahli gamis, cuma menyamar di sebalik nama. Ini tindakan orang yang pengecut. Kerana, sukar sekali saya ingin percaya kalau ada ahli gamis yang sebegini. Tak mungkin....ahli gamis baik-baik orangnya.

Dan seperkara lagi, terima kasih bagi yang menghubungi saya secara peribadi, ingin saya tegaskan , saya tidak taksub dengan pimpinan GAMIS, cuma saya menghormati mereka sebagai pimpinan. Dua perkara yang sangat berbeza antara 'taksub' dan 'hormat'.

Ada yang memaksa Presiden gamis letak jawatan, maka saya tidak bersetuju. Baru kerana beberapa kenyataannya, kita mula naik angin. Lagipun beliau dah nak letak jawatan bulan Ogos. Tak perlu paksa-paksa. Tiada yang salah dalam pendapatnya saya rasakan. Mungkin kerana pengalaman saya yang dahulu yang mengajar saya untuk bersikap terbuka dalam menerima pendapat orang lain. Inilah dinamika perjuangan anak muda. Lagipun, beliau tidak mengatakan sesuatu yang jelas salah seperti "PAS harus sujud pada UMNO" atau " Saya seru kita bantu SIS perjuangkan hak mereka" . Kalau dah sampai tahap pendapat yang macam ni, baru saya sendiri yang pergi jumpa beliau, minta letak jawatan. Hehe.

Bersabarlah sahabat-sahabatku.... kita kuatkan jemaah kita, jangan mudah melenting na. Allah membalas segala apa yang kita lakukan; baik ataupun jahat.

Allahualam

7 comments:

Anonymous said...

betul, betul, betul...

aisyah said...

salam alaik...

ramai antara kita yang tahu menghukum sahaja, cubalah menilai dengan mata hati

sayang GAMIS said...

Salammmm, mungkin pimpinn gms pun kena selidik blk hujah2 sebelum keluarkn kenyataan. Main ckp je, tu yg jadi macam ni kot.....huhuhu. Papepun, gua sokong gamis!!!

Asqalani said...

sebab tu selaku pejuang Islam...kita bertegas terhadap cercaan yg melampau...bukan sahaja terhadap pimpinan.hatta kepada kaum kafir pun...

Mungkin akibat dari terlalu biasa dengan hinaan dan cercaan yang melampau kepada Pro parti 'Biru' dan Pro As+p+ra+c...maka lidah seorang pejuang agak lantang dalam melemparkan cercaan...

Perjuangan kita adalah perjuangan Nabi SAW...

Perjuangan Nabi SAW adalh perjuangan penyempurnaan Akhlak...

hang nadim said...

salam, peperangan tariq berlaku kerana segelintir penyokong saiyidina ali berpecah...dalam lingkungan 30 org shj..kemudian perang saudara meletus mengakibatkan ribuan islam terbunuh, sampai la skrg umat islam berpecah.

munadhia said...

slm ziarah kak lin. da lame yan dok bwh tmpurung gara2 sbuk dgn prjek baru2 ni...

yan suju ckp kak lin. =)

Kalam Bicara said...

Apapun pimpinan GAMIS kena muhasabah la yer... Jika statement kita berada luar adab sbg pemimpin gerakan Islam buat statement... maka tak hairan la cercaan tak diundang itu datang. Tak salah pun kritikal buat statement tapi jgn sombong sgt dgn kononnya suara anak muda... perlu break the rule dll. Jika teliti dan beradab, mungkin tak sebegini jd nya..