Doakan saya yer sahabat-sahabat...
Esok FINAL EXAM...
Doa' anda mungkin akan menyelamatkan saya dari tersungkur di pintu kegagalan...
Jazakumullahu khairan kathir
p/s: Pening + redha je ni kalau terpaksa nak repeat mana2 paper. hehe
Saturday, October 31, 2009
Saat Aku Di Pintu Kegagalan...
Posted by Nurhaslin Zaharudin at 4:38 PM 3 comments
Monday, October 26, 2009
ANDA TAKUT NERAKA?
Namun, pernahkah kita mendengar serta menghayati lagu nasyid yang mengajak kita menanam rasa takut pada neraka?
Kerana kurangnya rasa cinta pada syurga dan tidak merasa takut pada azab neraka yang menghinakan, maka ramailah yang merasa tertipu dengan bayangan sendiri.
Seorang pejuang agama Allah misalnya, akibat lalai dari mengingati neraka, maka dirinya hanya akan terus berjuang sekadar cukup-cukup makan sahaja. Kerana itulah kita mendengar cerita adanya 'pejuang' yang hanyut dengan budaya couple before married, 'pejuang' yang hanya mahukan kemenangan persatuan Islam yang disertai, bukan mahukan kemenangan Islam sebenarnya. Dan juga 'pejuang' yang tidak mampu menarik hati-hati insan lain untuk turut sama berjuang...
Maka saya dan anda harus sedarlah, neraka itu setia menunggu kita dengan bukaan yang luas besertakan seribu satu penyeksaan.
Takutkah kita pada api yang menjulang?
p/s: saya dalam merangka lirik lagu nasyid yang bertemakan ketakutan kepada neraka. Doa'kan saya
Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yang menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi
Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan
Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Ke manakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti ditempa
Tanam budi luhur murni
Di akhirat tempat abadi
Himpun doa dipohon harapan
Pinta Rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengn Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan
Posted by Nurhaslin Zaharudin at 12:08 PM 1 comments
Sunday, October 25, 2009
CERPEN - Tudungku Bukan Tudungku
Tersentap saya ketika menghirup teh o panas pada petang itu mendengar keluhan adik Aira.
"Dah la dia tu kawan baik saya juga, tapi tak payah la nak perli-perli ni kan..." Aira menyambung sambil menyelak tudung bawalnya ke belakang.
Sememangnya kami bertemu sebulan sekali. Saya senang melihat adik ini. Setiap kali bertemu, pasti saya bawakan hadiah. Saya tidak terus menjawab persoalannya. Perlahan saya mengeluarkan sesuatu dari poket saya. Kerongsang, hadiah buat Aira.
"Untuk adik" Saya menunjukkan kerongsang itu pada Aira. Terpampar keterujaannya.
Lantas tangan saya mencapai tudung Aira, menyamakan antara dua bucu tudung dan saya mengenakan kerongsang pada tudung itu.
"Wah... matching la kak kerongsang ni dengan warna tudung saya, ni sayang akak ni...terima kasih kak... " Aira lantas berterima kasih. Adab yang saya ajarkan padanya ketika di awal perkenalan kami. Berterima kasihlah pada sesiapa yang memberi walaupun pertolongan itu cumalah sekecil zarah.
"Dik, tudung ni, nampak je macam kain buruk. Tapi nilai kain yang kita pakai ni lah yang akan tentukan nasib kita samada kita akan masuk neraka atau syurga kelak. Nilai tudung ni bukan pada cantiknya corak, dan bukan pada banyaknya manik... tapi pada si pemakai tudung tersebut" Saya mula berbicara dengan nada yang tenang.
"Ha, tak faham la kak..." Aira mengerut muka.
"Dik, mengapa ya, waktu wabak HINI melanda negara kita, semua nak pakai face mask?" soal saya pada Aira.
"Sebab takut dapat penyakit la kak... nanti dapat HINI habislah saya kena kuarantin...tak dapat saya jumpa akak lagi...huhuhu...tak nak..." balas Aira sambil membuat isyarat muka yang comel.
"Aira kalau pakai face mask, pakai yang dah koyak atau berlubang ke, atau pakai yang ok punya?" tanya saya lagi.
"Isk, takkan nak pakai yang dah berlubang dan dah koyak... malu lah saya orang tengok, nanti orang kata saya tak betul pulak, huhu. Kenapa akak tanya soalan ni? Pelik lah saya kak... "Aira lantas bertanyakan saya kembali.
Perlahan saya mencapai tangan Aira. Sambil tangannya saya genggam, saya katakan padanya,
"Aira adikku, begitulah juga mengenai tudung dik. Kita pakai kerana kita nak elak penyakit. Penyakit yang kita tidak tergambarkan deritanya. Penyakit yang mana membuatkan kita suka menambah dosa dan penyakit hati. Bukan sahaja penyakit itu boleh menjadi sebati dalam diri kita, tetapi boleh jadi juga kita menimbulkan penyakit pada orang lain. Lelaki yang berpenyakit pada hati, amat suka merebakkan virus jahatnya pada wanita yang mudah dijangkiti penyakit. "
"Adikku, jika tudung yang kita pakai tak mampu melindungi diri kita dari penyakit, itu bermakna tudung itu bukan yang terbaik. Yang terbaik adalah, tudung yang mampu membawa diri kita dekat dengan syurga dan menjauh dari neraka"
"Aira, tudung itu bersifat pelindung. Seperti tudung saji, jika berlubang sana-sini, lalat akan singgah juga pada makanan. Maka, tudung yang kita pakai harus untuk menjadi pelindung pada kita. Jika tudung yang kita pakai itu terlampau singkat, maka masih belum cukup untuk melindungi kita. "
Saya merenungi mata Aira. Aira juga begitu, namun matanya mula berkaca-kaca.
"Akak, tudung saya ni, singkatkah? " suara Aira mula berubah menjadi serak basah.
Perlahan saya merapatinya lantas saya membisik,
" Yang singkat itu, ilmu kita. Bila Aira belajar banyak ilmu agama, nanti tudung Aira lebih labuh dari tudung akak"
Aira lantas merangkul tubuh saya dengan linangan air mata kesedaran.
Posted by Nurhaslin Zaharudin at 2:48 AM 7 comments
Wednesday, October 21, 2009
KETIKA CINTA BERTASBIH
Bertuturlah cinta
Bisikkan doaku
Ketika Cinta bertasbih
Posted by Nurhaslin Zaharudin at 7:46 AM 0 comments
Monday, October 19, 2009
Tahniah ustaz Dzulkhairi dan Kak Raihana
Alhamdulillah, dapat juga saya update blog akhirnya. Rasa kekok pula mahu menulis, almaklum, dihimpit krisis kekontangan idea dan jiwa yang mencengkam saban hari, membuat saya gagal menjadi blogger yang baik.
Posting kali ini pun adalah demi meraikan abang dan kakak yang saya hormati dan segani, - Ustaz Dzulkhairi (Ex-Presiden GAMIS) dan Kak Raihana.
Ringan sahaja saya menelefon mereka berdua semalam, mengucapkan tahni'ah atas perkahwinan yang bakal tercipta.
Teringat pula kenangan waktu melakukan gerak kerja Gamis dengan Ust Dzul dulu. Tup tup dah nak kahwin. Hehe. Alhamdulillah, moga semua urusan berjalan lancar. Kak Raihana pula, walaupun saya hanya sempat berbual 2-3 kali melalui talian telefon dengannya, saya amat menghormati dirinya.
Semoga bahagia, Allah merahmati kalian.
Moga dengan sesuatu perkahwinan itu, tertutupnya segala pintu fitnah, lahirnya ramai pejuang agama Allah, terhindarnya seseorang dari azab neraka yang menghinakan, perkahwinan yang mengikuti sunnah dan membawa seseorang kepada ALLAH... ameen...
Posted by Nurhaslin Zaharudin at 8:57 AM 2 comments