BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 31, 2010

berMOTIVASI, bukan berLIURBASI =)

Salam untuk serakyat alam. Hari ini saya merendah ego pergi ke salah 1 program anjuran HEP, senang kata, program motivasi, bukan program berliurbasi. Input yg diterima akal, adalah amat rugi jika sy tidak kongsikan. Saya tidak mahu menjadi air yg bertakung lalu membusuk. Saya haruslah sentiasa mengalir. Bacalah di bawah sedikit perkongsian, moga2 hikmah itu sampai di hati kita. InsyaAllah.

Motivator : Dr. Hj. Azizan Ahmad, Fakulti Sains Dan Teknologi, UKM

Penceramah menyentuh banyak perkara mengenai kehidupan, namun lebih terfokus kepada aspek pembelajaran. Teruskan membaca hingga ke noktah terakhir… bacalah, bacalah , bacalah. Dengan nama Tuhanmu…

Tidak banyak yg sy sempat sy salinkan, kerana terpegun dengan cerita-cerita penceramah tersebut. Di bawah adalah catitan ringkas saya :

1- Study kerana Allah, Allah akan tolong. Tetapkan niat mengapa mahu study. Jika anda study kerana exam, maka itulah yg akan anda dapat. Tapi jika anda study kerana Allah, maka ianya akan menjadi ibadah dan anda akan ikhlas kerana Allah.

2- Strategi dan teknik pembelajaran berkesan. Semua manusia ada potensi. Tapi kerana kegagalan kita mengiktiraf potensi, maka potensi itu menjadi satu ancaman pula pada kita. Potensi kita ada 5.

- Jiwa/hati
- Aqal
- Fizikal
- Emosi
- Nafsu

Jika 3 aspek utama iaitu jiwa/hati, aqal dan fizikal mampu kita kendalikan dengan baik, maka kita bisa mengawal diri kita. InsyaAllah.

3- Letakkan diri pada potensi yang betul.

4- Suatu kata-kata yang tersinar dari mulut penceramah yang berbekas di hati saya, “Jadi orang biasa, tapi result biar luar biasa”. Ayat ini bagi penafsiran akal saya, menunjukkan kita perlu selalu merendah hati namun biarlah result exam kita serta ketaqwaan kita itu hebat di sisi Allah. Subhanallah.

5- Segera ulangkaji semula perkara yang telah diajar dalam masa 24 jam. Jika tidak, kita ada potensi untuk lupa.

6- Tidur bila perlu. Ada yang kurang tidur, dia akan mengantuk. Ada yang terlebih tidur pun dia akan mengantuk juga. Jadi tidur bila perlu sahaja. J

7- Tips bila berjumpa lecturer. Fahamkan dahulu lecturer tersebut dengan apa yang kita faham. Kemudian, kita tanya apa pula yang kita tidak tahu. Akhir sekali, kita tanya lah mana2 soalan yang akan keluar. Mana tahu lecturer tu ringan mulut atau akan bagi hint2. Faham2lah. J

Ini sahaja dari penceramah pertama yg mampu sy kongsikan. Adapun masih banyak input sebenarnya, namun mungkin telah tenggelam jauh dalam pemikiran saya. Hehe.

Dari penceramah kedua, lebih kepada menganalisis kondisi keadaan diri sebagai mahasiswa. Menyeronokkan apabila kami menyanyi lagu Jalinan dari UNIC dengan penuh riang-ria sehingga para pensyarah pun turut teruja dan mengalun rentak bersama. Bukanlah suatu perkara yang biasa bahkan ianya adalah luar biasa apabila pensyarah turut bersama dalam program pelajar. Adapun kerana situasi ini jarang sekali saya terlihatkan di Micet sebelum-sebelum ini. Kagum saya dan tahniah setinggi capaian awanan saya ucapkan kepada pensyarah yang hadir. Terima kasih.

Bahagian SWOT. Analisis kenapa kita lemah dalam pelajaran? Strength, weakness, oppurtinity dan THREAT. Haha, adalah memalukan bagi saya ketika membuat pembentangan apabila acap kali tersalah menyebut sebutan THREAT. Mula –mula “treatment” , dan kemudian “treat” pula. Biarlah, itu pengajaran buat saya asal lain kali saya tidak gelojoh. Aduh, terlalu banyak persoalan sebenarnya dalam SWOT ini. Hinggakan persoalan remeh-temeh pun ada masuk sekali. Saya pun tidak ketinggalan membasa-basi dalam soal ini. Remeh-temeh pun kadangkala bila dipanjangkan jadi serius, detik saya dalam hati.

Saya simpulkan kesemua aspek kelemahan yang dibentangkan tadi. Jika dikaji-kaji, ianya benar. Aspek ini….kekurangan dalam penghayatan agama, suka bertangguh buat kerja, suka fikir negatif, pensyarah yang bosan, nafsu yang sukar dikawal, media massa (hiburan terlampau), merendah diri sehingga ada yang menyangka mereka dipulaukan dan benar-benar ada yang dipulaukan! Wah, ini isu sensitif bagi saya. Yang pandai, jangan pulau yang tidak pandai. Saya takut-takut, nanti di masa mendatang, kita pula yang dipulau oleh yang terpulau. Rendah diri, itu formulanya. Siapa kita untuk menguhukum yang lain?

Panjang dan meleret sudah tulisan ini. Banyak lagi, namun biarlah rahsia. J Saya ingin terus fokus pada satu kata-kata hikmah daripada penceramah kedua, Encik Mustafa.

Dia berkata dengan suara sayup-sayup terus masuk ke gegendang telinga saya. Dia berkata, “Jadilah orang Islam terlebih dahulu, baru jadi orang Melayu.” Kata-kata logik yang bersalut hikmah dan diwarnai dengan cahaya emas keimanan. Maka saya berazam ingin Muslim pada seluruhnya, insyaAllah. Allahu Allahu Allahu.

Saya balik ke bilik dan terus menulis nota ini dengan harapan saya dapat berkongsi sesuatu dengan ummah. Andai saya mati hari ini, moga ini menjadi amalan terakhir saya. Jazakumullahu khairan kathir atas kesudian anda melapangkan masa anugerah Tuhan dengan membaca pengisian ini. Saya cuma insan biasa yang penuh dosa dan celaan. Apatah lagi saya hanya budak hingusan yang masih buta dalam mencari jalan hidup di dunia ini. Maafkan saya jika tulisan ini terkandung kata-kata yang tidak menyenangkan hati kalian. Maafkanlah. Akhirul kalam, moga beroleh hikmah. Salam selawat buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


31 January 2010