BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 22, 2009

BEZAKAN PUASA KITA DENGAN PUASA KANAK-KANAK!

HAMIDI

Dua hari sebelum Ramadhan, saya sempat mengadiri kelas Ukhti Asma' yang mengajar mengenai hukum-hakam bulan puasa serta fadhilat bulan Ramadhan.

Ukhti Asma' menceritakan, di sebuah negara, kanak-kanak (yang masih tidak tahu beza baik dan buruk) di sebuah sekolah diharamkan untuk berpuasa. Tujuannya, untuk mengelak kanak-kanak mewarisi sifat suka menerima rasuah dan menipu.

Fenomena di Malaysia, kanak-kanak disogok dengan habuan 'duit raya' jika mereka berpuasa. Bagi kanak-kanak pula, demi mendapatkan duit raya yang telah dijanjikan, mereka sanggup menipu. Jika tidak larat tau tidak tahan dengan godaan, mereka akan berbuka puasa. Kemudian, dengan comelnya, mereka akan menyambung puasa yang telah terbatal itu. Bila ibu bapa bertanya, mereka jawab mereka puasa. Alahai, itu adik-adik. Belum faham apa-apa. Jangan salahkan mereka. Tapi kita selidik pula bagaimana tabiat ibu bapa atau mungkin kita sendiri dalam cara mendidik anak untuk berpuasa.

1 Ramadhan ini, saya menguji adik saya Hamidi yang berusia 9 tahun.

Saya bertanya "Kenapa adik puasa?" Hamidi jawab, " Adik nak pahala yang besar."

Saya kurang puas dengan jawapannya, maka saya bertanya lagi soalan yang sama. Dengan tidak menyangka, Hamidi lantas menjawab, "Ye la, adik kesian kat orang GAZA tu... tu sebab adik puasa..."

Saya terkedu dengan jawapan ini. Bagaimana adik saya yang saya kira mentah boleh mengaitkan ibadah puasa dengan saudara kita di GAZA? Maka saya bertanya lagi..."kenapa dengan GAZA tu?" Hamidi dengan sengihnya yang comel berkata , " Orang kat GAZA tu kesian,perang,tak makan..."

Saya terkesima. Memang benar ini adik saya. Saya tidak menyangka dia akan beri jawapan sehebat ini. Maka saya bertanya daripada mana dia mendapat 'tarbiyah' ini. Dia katakan dia terlihat di sebuah van gambar orang-orang di GAZA yang sengsara akibat perang. Barulah saya memahami. Jiwa kanak-kanak memang mudah di 'isi'. Hati kanak-kanak memang mudah dibentuk.

Sahabat, ayuh kita bandingkan puasa kita dengan puasa kanak-kanak. Jika nilai persaudaraan dan kesengsaraan saudara se-Islam di GAZA menjadi elemen dalam puasa seorang kanak-kanak, maka apakah pula nilai dan hikmah yang kita peroleh dan dipupuk di dalam hati kita sebelum,semasa dan selepas berpuasa?

Berpuasalah, kerana keredhaan Allah. Moga kita mendapat nikmat tarbiyah dalam Akademi Ramadhan ini.InsyaAllah

Tuesday, August 18, 2009

IDRIS YANG GEGAR DAN FASIHAH YANG POWER!

Alhamdulillah, selesai sudah liku-liku perjuangan sahabat-sahabat pimpinan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sesi 08/09. Kini, bahtera GAMIS dikemudi oleh tangan-tangan yang bakal menggoncang dunia untuk sekalian kalinya. Bagi siapa yang belum mengetahui, Ustaz Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, Presiden ISI UKM kini menyandang jawatan Presiden GAMIS sekaligus mengakhiri teka-teki siapa yang akan menggantikan tempat Ustaz Dzulkhairi, Presiden GAMIS sesi 08/09. Bagi sayap kiri GAMIS pula, Ustazah Fasihah telah ditaklifkan memikul amanah sebagai Pengerusi Serikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA).

Ini sesuatu yang saya sudah jangkakan dari awal. Ustaz Idris dan Kak Fasihah, dua nama yang lahirnya daripada bumi barokah Darul Quran. Dan dua nama inilah yang bakal membawa GAMIS ke hadapan, sebagai gagasan yang maju lagi laju.

Pengalaman saya bekerja dengan Ustaz Idris, memperlihatkan beliau seorang yang cekap. Terkenal dengan team Usrah Gegar acuan dari Darul Quran, saya boleh mengandaikan andai beliau adalah satu kelebihan kepada team GAMIS 09/10. Terpampar kethiqahan adik,anak usrah,cucu usrah serta cicit usrah beliau ketika beliau serta team Usrah Gegarnya menjadi committee sewaktu Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-SPIN '09).



Bersama dengan mantan MT Gamis dan Ustaz Idris sewaktu selesai Ko-SPIN '09


Kak Fasihah pula pastinya seorang hafizah yang berjiwa lembut namun tangannya bakal menggoncangkan serta menggegarnya hati-hati yang cintakan Islam. Mengenangkan apabila saya pernah melihat beliau menangis akibat menonton filem dokumentari Islam,mengenai alam semesta, membuatkan hati saya bertambah yakin, Kak Fasihah mempunyai jiwa yang penuh dengan kecintaan kepada Tuhan,malah beliau adalah seorang yang amat merendah diri walaupun darjat dirinya adalah seorang hafizah. Slogan 'Muslimat Power!' yang saya terima melalui sms daripadanya petang semalam, membuatkan hati ini tidak sabar melihat rentak tari Kak Fasihah memacu gerakan muslimat sekaligus menjulang nama Islam dan SIGMA itu sendiri.

Kak Fasihah dan Kak Rafidah (Mantan Penasihat SIGMA 08/09)

Buat Akhi Idris & Ukhti Fasihah, walaupun mungkin anda tidak membaca blog ini, namun ketahuilah, di belakangmu berdirinya para mujahid dan mujahidah yang mahu bersama-samamu untuk bersusah payah di jalan ini...

Tahniah buat team GAMIS 08/09, kenangan bersamamu, takkan kulupakan =)

Sunday, August 2, 2009

TAHNI'AH GAMIS ATAS '2 K' !!!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.... Allahuakbar...

Selesai sudah permulaan kepada perjuangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yang akan mendatang... Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-SPIN '09) dan Konsert Antara Dunia (KAD '09).

Kongres dan Konsert = Saya sebutkan sebagai 2 K, dua projek mega GAMIS.

Walaupun demi '2 K' ini, AJK dan MT GAMIS bersengkang mata, namun kami amat gembira.

Gembira kerana Tuhan mudahkan segalanya. Gembira kerana Tuhan berikan kita peluang untuk bersatu. Gembira kerana Tuhan memberikan ni'matnya yang tidak putus-putus buat hati-hati yang ingin mensyukuri...

Biar penat tidak tidur, biar lenguh dan sakit badan, biar duit mengalir bagaikan air untuk perjuangan ini, biar dan biarkan... ASAL ISLAM DIJULANG!!!

Special thanks to Rabbani dan Permata Hijrah...

Adik-adik pertandingan mewarna di Karnival KAD '09, meriah!