BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 28, 2009

TELEKUNG YANG BASAH DAN CERITA DISEBALIKNYA

Saya mencipta satu teori bagi diri saya. Setiap program yang mana saya menjadi AJK nya, saya ingin menganggap ia sebagai peperangan. Jadi saya adalah tentera. Gerak kerja adalah strategi peperangan. Saya mengambil teori ini berdasarkan sebuah hadis yang diucapkan Nabi Muhammad SAW “ Kota Kostantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-sebaik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” (H.R Ahmad Bin Hanbal Al-Musnad 4/335).

Dan ketika ini, kebetulan saya menjadi ajk untuk sebuah program. Saya pasti pimpinan-pimpinan saya adalah yang terbaik. Jadi tinggal saya; adakah saya orang yang baik dan layak untuk menjadi ajk pogram ini? Maka saya mengingatkan diri saya, program ini tidak akan berjaya jika penggeraknya adalah mereka yang malas, tidak bersungguh dalam solat dan tidak serius dalam gerak kerja.

Baru-baru ini terdapat sedikit masalah dalam program tersebut. Lantas saya menyalahkan diri saya. Mungkin ini berpunca dari saya. Mungkin. Jadi saya melakukan solat taubat. Usai solat, saya mengangis; agak teresak. Basah telekung saya. Allah menjadi saksi dan saya merasa amat tenang sekali apabila saya mengangis kerana kekesalan.

Sebab itu Kota Kotanstinopel tidak mudah ditawan. Bermula dari pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Baru kemenangan dikecapi.

Begitu juga program, pemimpin yang baik harus untuk menjaga kebajikan ajk-ajk yang terlibat. Pastikan mereka tidak lari daripada matlamat yakni apa-apa yang kita lakukan, hanya demi keredhaan ALLAH dan untuk Islam.

MUSLIMAT KANGKUNG SEGAR & MUSLIMAT PISAU TAJAM

Saya menulis ini atas kesedaran saya untuk merespon artikel “Muslimat Kangkung Layu? ” di blog Penasihat SIGMA, Ukhti Rafidah.

Saya dari awal-awal lagi sudah lama tidak berminat untuk mengaitkan muslimat dengan mana-mana unsur tumbuhan. Baik bunga mahupun sayuran. Ada yang mengatakan muslimat itu seperti bunga mawar, bahkan seperti kangkung. Pada saya, bunga itu senang dipetik, senang dibau, dan mudah untuk dipegang. Dan saya juga agak pelik, bilamana ada yang mengaitkan muslimat dengan kangkung. Ini teori baru bagi saya.

Teori peribadi yang saya cipta bagi diri saya, saya katakan, muslimat itu seperti sebilah pisau yang sangat tajam. Orang akan berhati-hati apabila memegang pisau. Orang tidak akan cuba mencium pisau, dan orang tidak akan cuba bermain-main dengan pisau. Kalau ada pun, mungkin orang itu ‘something goes wrong’. Haha.

Ini hanya teori peribadi saya. Bukanlah saya ingin mengajak orang untuk percaya teori ini. Bukanlah saya ingin menyamakan muslimat dengan sesuatu yang bahaya. Bukanlah saya ingin menakutkan lelaki. Bukan dan bukan. Cuma ia simbolik kepada kekuatan para muslimat. Tajamnya pisau itu seperti akal muslimat yang lebih terfokus dan lebih teliti. Dan pisau yang bersifat pepejal keras saya ibaratkan sebagai wanita yang mempunyai pendirian yang teguh dan berprinsip. Mereka sukar dilentur dengan cabaran yang mendatang. Dan juga ketajaman pisau itu juga saya simbolikkan dengan peranan wanita masakini yang harus terus maju dan laju untuk ‘membelah’ persepsi sesetengah pihak yang amat dangkal terhadap wanita. Ya, wanita itu tempatnya di dapur. Dan tidak mustahil wanita itu tempatnya di kerusi parlimen.

Pernah saya membaca, sekuat mana seorang lelaki, air matanya akan tumpah kerana seorang wanita. Dan kerana wanitalah, lelaki yang hebat boleh menjadi terhina.

Muslimat yang sedang berhadapan dengan cabaran, masih perlu untuk menjaga batasan. Masih perlu manjaga ikhtilat. Masih perlu berlemah-lembut. Islam telah menggaris pandu bagaimana seseorang muslimat itu perlu pandai menjaga diri. Sehebat mana seorang isteri, perlu taat dengan suami selagi taatnya itu bukan pada yang melanggar hukum syara’. Kan? =)

P/s: Pisau walaupun tak cantik macam bunga, tapi fungsinya lebih diperlukan. Tak pernah pula saya tengok orang kupas kulit buah atau siang ikan pakai bunga. (^_^)

Monday, June 22, 2009

AHLI GAMIS, BERSABARLAH

Assalamualaikum

Untuk seketika, kita ahli GAMIS dihangatkan dengan isu-isu semasa yang membuatkan pimpinan GAMIS telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang kritikal dan 'panas'. Bagi yang bersikap terbuka, saya menerima dengan positif pendapat mereka, memandangkan saya punya pegangan sendiri - pimpinan memang 'akalnya' begitu. Perlu kreatif, dan perlu berlainan dalam memberikan pendapat. Malah perlu berani dalam mengeluarkan hujah. Ada perbezaan dari segi bentuk pemikiran antara pimpinan dan ahli biasa.

Pimpinan perlu ada sikap 'break the rules', bukan golongan yang dicucuk hidung untuk ikut telunjuk pihak-pihak tertentu. Maksud saya, biarkan pimpinan dengan idea-idea luar biasa mereka. Biarkan mereka dengan hujah-hujah mereka yang berani dan mencabar. Ini baru ideologi anak muda. Sekali lagi saya tegaskan, pimpinan memang tampak berbeza pemikirannya dengan ahli biasa. Sebagai contoh, jika kebiasaan orang makan roti disapu dengan mentega, tapi pimpinan makan roti dengan sambal belacan. Break the rules! Apa masalahnya? Asal boleh makan...

Saya amat tidak bersetuju dengan kata-kata tidak sopan beberapa ahli dalam menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Presiden GAMIS. 'Bangang', 'bodoh' malah perkataan 'babi' nampaknya mula menjadi adat sebahagian ahli.Ataupun mungkin mereka-mereka ini bukan ahli gamis, cuma menyamar di sebalik nama. Ini tindakan orang yang pengecut. Kerana, sukar sekali saya ingin percaya kalau ada ahli gamis yang sebegini. Tak mungkin....ahli gamis baik-baik orangnya.

Dan seperkara lagi, terima kasih bagi yang menghubungi saya secara peribadi, ingin saya tegaskan , saya tidak taksub dengan pimpinan GAMIS, cuma saya menghormati mereka sebagai pimpinan. Dua perkara yang sangat berbeza antara 'taksub' dan 'hormat'.

Ada yang memaksa Presiden gamis letak jawatan, maka saya tidak bersetuju. Baru kerana beberapa kenyataannya, kita mula naik angin. Lagipun beliau dah nak letak jawatan bulan Ogos. Tak perlu paksa-paksa. Tiada yang salah dalam pendapatnya saya rasakan. Mungkin kerana pengalaman saya yang dahulu yang mengajar saya untuk bersikap terbuka dalam menerima pendapat orang lain. Inilah dinamika perjuangan anak muda. Lagipun, beliau tidak mengatakan sesuatu yang jelas salah seperti "PAS harus sujud pada UMNO" atau " Saya seru kita bantu SIS perjuangkan hak mereka" . Kalau dah sampai tahap pendapat yang macam ni, baru saya sendiri yang pergi jumpa beliau, minta letak jawatan. Hehe.

Bersabarlah sahabat-sahabatku.... kita kuatkan jemaah kita, jangan mudah melenting na. Allah membalas segala apa yang kita lakukan; baik ataupun jahat.

Allahualam

Friday, June 19, 2009

MAAFKAN KAK ELIN, HAMIDI

17 Jun 2009 - Saya sedang melipat kain yang berlonggok selama 2 hari di dalam bilik saya. Sambil- sambil itu saya mendengar forum antara Ustaz Dzulkhairi dan Senator Mumtaz yang saya rakam pada perjumpaan SIGMA yang lepas.Tiba-tiba Hamidi membuka pintu. Masuk ke bilik dan mendekati saya.

"Kak Elin dengar apa tu?"

"Kak Elin dengar abang Dzul tengah cakap"

(Padahal Hamidi tidak mengenali Ustaz Dzulkhairi.Cuma saya malas nak melayan dia malam itu. Banyak kerja kononnya)

Saya lantas menanggalkan headphone dan mencapai buku karangan Ustaz Dzulkhairi yang pertama. - 50 Kata-kata tokoh berpengaruh dan cerita di sebaliknya. Kebetulan ada berdekatan dengan saya. Saya tidak mahu diganggu ketika membuat kerja-kerja rumah. Nanti tertangguh lagi. Jadi saya biarkan Hamidi dengan dunianya.

Saya berikan buku tersebut pada adik saya. Lantas saya memasangkan pula headphone di telinganya. Untuk seketika, dia mendengar dengan teliti. Forum yang masih lagi tertumpu kepada percakapan Ustaz Dzulkhairi. Tiba-tiba Hamidi berkata - "Adik sokong abang ni, adik sokong abang ni...!"

Saya tidak mendengar pula apa yang 'disokong' Hamidi itu. Kemudian dia menanggalkan headphone. Beralih tumpuan ke arah buku yang dipegangnya. Dia membaca 2-3 muka surat. Lantas menutup kembali buku itu.

Esoknya saya bertanya, "apa yang adik sokong Abang Dzulkhairi tu?"

"Yer lah... adik sokong dia sebab buku dia warna biru. Adik kan suka warna biru..."

Saya tersenyum.

Saya cuma katakan padanya, dah besar nanti jadi macam Abang Dzulkhairi. Jadi macam Sultan Muhammad Al-fateh.

Hamidi cuma menyeringai comel.

Untuk ahli GAMIS, jangan lupa baca buku sulung keluaran Presiden GAMIS, Ustaz Mohd Dzulkhairi Mohd Noor ini. Sesuai dijadikan koleksi peribadi untuk dijadikan ilmu yang boleh dikongsi kepada semua orang.Saya menanti pula buku keluaran Kak Rafidah, bahkan MT Gamis yang lain. Sebab, saya tidak mampu mengarang buku =)




18 Jun 2009 - Tarikh lahir adik saya. Saya tidak lupa, bahkan saya meraikan. Cuma tidak dengan kek. Padahal, dia sibuk meminta dibelikan kek. Saya mengendahkan permintaannya kerana saya rasa kurang sihat hari.Malamnya, saya ditegur oleh mak dan mak long saya kerana kurang bersungguh meraikan hari jadi Hamidi.

19 Jun 2009 - Baru hari ini saya beli kek untuk adik kesayangan saya. Kek coklat. Itu yang dia mahu. Saya turut belanja dia makan makanan yang lain.Maaflah Hamidi, setakat ni, ini sahaja yang mampu akak belanja. Tangguh dulu nak makan secret recipe ya.


Thursday, June 18, 2009

MUSLIMAT VS SISTER

Muslimat : Lemah-lembut penuh keayuaan, inilah saya.

Ssiter : Kau ayu, aku pun ayu. Tapi ayu-ayu aku pun, aku ke depan. Kau ayu asyik dok belakang jer. Tak boleh challenge aku tau.

Muslimat : Saya malu nak bersuara. Nanti muslimin tengok...nanti diaorang analisis pemikiran saya. Seganlah...

Sister : Hek elleh. Tolonglah... nak cakap pun malu ke? Aduyai...pergi main anak patung lah. Cakap ngan patung tak payah malu-malu.

Muslimat : Saya bukan ape, kadang-kadang tu nak cakap jugak... tapi takder idea pulak.

Sister : Berapa kali 'kadang-kadang' tu? haishhh...

Muslimat : Perempuan kan penuh kelembutan, jadi dah memang perasaan malu n kurang berani tu ada. Nak buat macam mane. Janganlah nak pertikaikan pula.

Sister : What??? You dah lupa ke sejarah zaman dahulu? Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah.. mereka adalah tokoh pimpinan muslimat zaman dahulu yg berani! Eh, i can't forgot this name... Zainab Al-Ghazali. You jangan nak beri alasan macam-macam pula.

Muslimat : Okay... muslimin bagilah kami ruang pula. Terimalah pendapat kami. Bersikap terbukalah dengan kami. Jangan 'booo' kami kalau kami mula bersuara....

Sister : Owh, yg ini saya setuju.

Tamat

CAKAP IKUT SUKA

" Saya hairan jika ahli tidak mengagumi ahli, bahkan saya hairan jika pemimpin tidak mengagumi ahli, maka saya tidak hairan jika ahli tidak mengagumi pimpinan "

~EALIN EL-HUBB~

senang cerita; pandang seseorang itu dengan potensi yang dia ada. Anda hebat, dia juga hebat. Kerana kita dicipta oleh DIA Yang Maha Hebat. Jangan mudah memandang rendah, dan jangan mudah menghukum. Kita sama-sama belajar. InsyaALLAH.

Wednesday, June 10, 2009

KONGRES PENDIDIKAN (Ko-SPIN '09)

AHLI GAMIS YANG BERMINAT UNTUK MENJADI SUKARELAWAN, SILA HUBUNGI SAYA.

SUMBANGAN ARTIKEL ANDA MENGENAI PENDIDIKAN JUGA AMATLAH DIALU-ALUKAN.

TERIMA KASIH.